Monday, August 18, 2014

CAKOI

Assalamualaikum w.b.t
Arini mama nak share resepi....
Harap dapat buat untuk minum petang ni...
Nak share kat FB tadi x sempat...line off...so mama share by Blog....sesiapa yang sudi dipersilakan yer....mama pun amik resepi ni dari FB :-)


CAKOI BEKU
Oleh: Jamayah Bujang

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
400gm tpg gandum
1 cawan air suam
1 sudu besar marjerin (cairkan)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis atau susu tepong
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering (mauripan)
1/2 sudu teh soda bikerbonat
Bawang puteh secukupnya tumbuk jangan lumat
minyak utk goreng

Cara-cara

Air suam, gula , garam, susu,telor, bawang puteh dan majrin yang telah dicairkan di gaul bersama tepong yang telah dicampur bersama Soda dan yest kacau sebati agak2 macam lembik sangat sampai susah nak uli,tambah tepung sket lagi uli sampai tak melekat....agak2 lebih dari setengah jam bleh le uli lagi..tabur sket tepung untuk mudahkan canai agak2 4-5cm memanjang..potong memendek anggaran 1-1.5 inci. nak cantumkan dua cakoi tu,basahkan lidi n gores kat tengah2 cakoi pertama.just nak bagi dia melekat je.pastu amik 1 lagi dan letak atasnya.
bila minyak dah panas,baru angkat cakoi tadi n tarik sket sebelum buh dalam minyak..sebab tu dia nampak panjang. saiz asal setengah je dari tu..

Kalau nak menjadi cakoi Frozen oven kejap dan boleh masok contener untuk di Beku kan.

0 comments: