Wednesday, October 19, 2011

WAD 6 HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

0

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua :-) ape khabar semua di pagi yang sejuk dan nyaman ni..kami harap kawan-kawan semua sihat ye..kami berdua ni alhamdulillah sihat dan ceria sokmo :-)

Seperti yang dijanjikan..arini mama akan upload gambar adik semasa adik ditahan di wad 6, HSNZ...genap seminggu juga adik ditahan di sana..kesian kat adik...baru lahir je dah terpaksa berpisah dengan mama..sepanjang adik di wad...adik terpaksa menyusu botol sebab mama x larat nak g setiap masa..maklumlah mama baru jer nak start berpantang...tapi mama kuatkan juga pergi ke hospital untuk menyusukan adik.

Ni gambar-gambar adik yang sempat mama snap semasa di wad...balik umah mama tunjuk laa pada kakak..sbb kakak selalu tanya pasal adik...semasa mama g hospital..kakak terpaksa laa duk ngan mok su..mok su bawa kakak g opis dia, g jalan2..ke mana mok su g dia bawa kakak...kesian mok su kena jaga kakak masa tu :-) Thanks mok su sebab jaga kakak masa mama x der ari tu yer..

 Ok jom kita tengok gambar adik masa di wad...

 Tengok muka adik nampak letih jer..


 Adik dalam pangkuan mama

X nampak kuning sangat tapi waktu ni doc kata tinggi lagi

Cian tengok adik..

 Adik x banyak ragam..diam je..penat kot..selalu nak tdo

 Tengok biru tangan adik...hari2 kena cucuk ambik darah

 Adik tenang dalam pangkuan mama

Itu laa gambar yang sempat mama snap masa g menyusu...rasa nak bawa adik balik umah je masa tu tapi memandangkan kat umah pun x der orang sbb tuk pun duk hospital  jaga tokki yang masa tu di wad 7, jadi mama terpaksa redha tinggalkan adik di hospital sehingga betul-betul sembuh.

 Alhamdulillah genap seminggu adik di wad, pada 9 Februari 2011 adik dibenarkan keluar tapi masuh kena buat check-up di klinik kesihatan ibu dan anak berhampiran...

Seronok laa kakak bila adik dah dapat balik...yang bestnya tokki pun dapat kuar wad sehari sebelum tu..jadi riuh rendah laa kat umah tuk masa tu..nanti mama upload lagi gambar2 kakak bersama adik...mmmmuuaahhh caayyangg adik :-)