Tuesday, August 19, 2014

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES

Assalamualaikum w.b.t.





Minggu ni sekali lagi mama nak share resepi...resepi cakoi yang mama share semalam sudah berjaya dengan jayanya dibuat petang semalam...nanti mama share pic dia sbb babah yang snap gambar semalam...hehe 
Selepas kenyang kami empat beranak merasa sempat mama packing untuk sarapan / minum petang kami sekeluarga....cakoi segera kan...mama buat dalam 500g aje :-)

Hari ni nak share resepi cupcake plak..teringin juga nak buat dan merasa....sejak dua menjak ni famous diperkatakan tentang cupcake ni...so mama nak mencuba...jadi ke tak, tak tahu lagi..arini ceduk resepi dulu yer :-)


4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

Repesi daripada : 
http://www.azlitamasammanis.com/2012/01/hokkaido-chiffon-cupcakes.html

Kalo nak step by step cara membuatnya...boleh terjah blog ni 
http://raihannavanilla.blogspot.com/2013/02/resipi-hokkaido-chiffon-cupcakes.html

Ok selamat mencuba yer :-)









0 comments: