Showing posts with label PEMAKANAN. Show all posts
Showing posts with label PEMAKANAN. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

BeRs@nT@i BeRs@m@ KeLu@rG@...

0

Assalamualaikum w.b.t.

Ape khabar semua anak-anak mama...berjumpa lagi kita hari ni yer :-)
Arini mama nak post entry yang dah lama berlalu...minta maaf banyak2 yer..arini baru mama berkesempatan nak upload di blog kamu...dan tanpa membuang masa...mama teruskan kepada aktiviti kita bersama keluarga :-)

Aktiviti pada 29 M@C 2013....lama dah berlalu kan :-) tapi bila tgk balik rasa macam beru jer mkn2 bersama keluarga di Pantai Masjid Terapung ni...okey mama bagi details di bawah yer...untuk senang kita  tgk dan imbas kembali...

Tarikh : 29 Mac 2013
Masa  : Selepas solat Jumaat
Tempat : Pantai Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali dengan Masjid Terapung

Kalo nak tgk gambar masjid terapung, GOOGLe laa yer...mama x amik pun gambar masjid..sbb mmg dah biasa kan...gambar kita mkn2 jer..jangan terliur pulak yer...hehe

 Sampai2 jer terus amik tempat duduk masing-masing....huhu bersila molek atas tikar tu....semua dah kelaparan...x sabo dah nak mkn ni....lama dah tak makan2 kat luar macam ni...sesekali tu mmg seronok...tambah2 lagi beramai2 macam ni....kalo cukup korum ni...ramai lagi...hehe

 Antara lauk yang terhidang....lauk-lauk simple jer...yang pasti memang best :-) masak beramai-ramai...mak masak singgang, kak ta goreng sotong, mama bakar ayam jer...paling mudah dan cepat...

Buah-buahan sebagai pencuci mulut....tembikai, nenas dan juga limau....beraya laa kakak ngan adik sebab semua ni buah-buah favorite dia orang...ayam bakar tak cukup!!! hehe lain kali kena buat lebih yer...huhu mana mama tahu semua orang nak makan..lagipun ayam ade sekor jer..lain kali kena prepare awal :-D

 Bermula sesi makan-makan...masing-masing ceduk lauk sendiri yer...nak makan banyak ker sikit, terpulang selagi lauk dan nasi masih ada :-) 

 Seronok dapat berkumpul dan makan ramai2 nie...budak-budak memang berselera habis..maklum laa dapat makan sambil bermain....kalo anak-anak x lalu makan ker susah nak makan...cuba laa masak-masak bawa makan kat luar beramai-ramai...pasti berselera semua :-)

ok habis satu babak....
babak kedua plak untuk entry arini....

Tarikh : 16 Mac 2012
Masa  : 12.00 Tengah hari - 1.00 petang
Tempat : Pantai Bukit Keluang

Huhu yang ni aktiviti tahun lepas...lama lagi kan..adik kecik lagi masa ni...sekitar setahun lebih....baru-baru belajar berjalan... begitu lama mama peramkan gambar-gambar ni buat pekasam...hehe

Skang banyak xtvt tapi x boleh masuk lagi sabab lappy mama nie dah low space...sbb tu laa nak tak nak mama kena buat entry lama dulu...nak buang sayang juga gambar-gambar lama ni...bila tengok balik dapat mengimbau kembali kenangan bersama kan...jadi x salah mama uploadkan dalam ni....dengan babah ade beribu-ribu gambar lagi...ntah bila babah nak cuci tu...kena hardisk kong, abis laa gambar-gambar tu semua..

Ok laa...kita terus ke aktiviti seterusnya...
 Minggu kita tak balik kampung....so family datang cni melawat kita plak :-)

 Aktiviti seperti biasa laa kalo datang ke Besut ni...memang tak miss mesti kena pergi Pasar Kuala Besut...kata orang, rugi laa kalo datang cni tak g Pasar Kuala Besut....betul ker macam tu???hehe betul laa tu kot bagi kaki-kaki shopping...cakap jer nak ape...semua ada :-)

 Balik dari pasar kami terus ke Pantai Bukit Keluang...lepak-lepak kat sini sebelum kembali ke rumah....memang best suasana di sini....boleh laa ilang penat berjalan kat pasar tadi....makanan yang di beli kat pasae tadi boleh laa makan kat sini dulu...mmg kat sini dah disediakan wakaf dan temppat-tempat rehat yang menarik....

 Ini ragam si kecik...suka sangat laa tok, tok ki, mak saudara  dan sepupu-sepupu dia oarang datang...ayah ngah sebenarnya dari penang singgah di sini sebab mak ayah semua ade sini...petang nanti akan bertolak balik ke Kerteh....

 Seronok dapat berkumpul ramai-ramai...keluarga mok cik ngan mok teh jer tak de..kalo semua ade ramai lagi ni...umah kecik..kalo datang semua sekaligus nak tdo mana...hehe ini pun dah penuh umah kalo balik...maklum laa tiap tahu sentiasa bertambah bilangan ahlinya :-)

 Bergambar kenangan bersama mok su...waktu ni masih single lagi...skang dah berbadan dua...huhu lama tul mama perap gambar-gambar nie jer...kira mengimbau masa silam laa ni...hehe

 Family mama memang suka berkumpul di hujung minggu...kalo tak bali kampung, family yang akan datang....sebab tu tengok status mama...weekend jer mesti balik kampung...huhu minggu ni kita tak balik jugak...sape tetamu yang akan datang yer :-)

 Sempat lagi snap gambar tu sebelum balik...apepun terima kasih kepada semua yang sudi ke teratak kami di sini....sekiranya ade kelapangan, sudi-sudi lah singgah ke rumah yer...InsyaAllah pintu sentiasa terbuka buat smua :-) kalo weekend tu kena calling2 dulu laa...takut balik kampung :-)

Suasana dan keindahan Pantai Bukit Keluang....best juga buat makan-makan bersama keluarga di sini....tempat ni memang tumpuan ramai pengunjung terutama pada hari Jumaat dan Sabtu serta hari-hari pelepasan Am....

Oklaa...rasanya sampai di sini dulu entry mama untuk hari ini....sehingga kita berjumpa lagi....



(-: S@L@M S@Y@NG @UNI S@@FI@ & @UNI SOL@H@ :-)


Wednesday, November 7, 2012

Panduan Pemakanan Seimbang Kanak-kanak

0




Salam...

Aii berjumpa lagi arini...
ade info untuk kakak dan adik...
Pening dah mama duk fikir nak masak ape..try google pg ni jumpa laa satu artikel..so to my references to me today and in the future for both of you...ok :-)



















Pada usia 2 tahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan anak anda masih perlahan begitu juga dengan selera makannya.
Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana dengan kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan yang secukupnya, anak anda pasti membesar dengan baik. Mari kita sama-sama kongsikan tips dan panduan mudah dalam penyediaan makanan untuk anak-anak sekecil 2 tahun hingga 6 tahun.

Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan pra-sekolah
Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan untuk anda:
  • Berikan anak anda makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia (Piramid makanan mungkin berbeza di negara lain disebabkan oleh perbezaan makanan ruji mereka). Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.
  • Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain.
  • Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.
  • Berikan susu semasa waktu snek. Anak anda mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.
  • Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar anak anda tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.
  • Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak anda sebelum menambahkan rempah ratus.
Pemakanan berpandukan piramid makanan
  • Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:
    • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan
    • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental
    • Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan
    • Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.
  • Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.
  • Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Piramid Makanan Malaysia
Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian
  • Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini.
  • Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda.
  • Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.
  • Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut
  • Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.
Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran dan ubi
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun
4-6 Tahun
1 Keping roti "whole meal"
1/2 Cawan Nasi

1/2 Capati
1 Cawan bubur
1 Biji sederhana kentang
Keping biskut - Krim Krakers masin
6*
8*
* Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.
Aras 2: Buah dan sayur
  • Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini.
  • Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda.
  • Anak anda perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap hari.
Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran dan ubi
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun
4-6 Tahun
1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak
1/2 Cawan buah-buahan / sayur-sayuran
2*
2*
Satu hidangan buah-buahan


1/2 Biji jambu sederhana
1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal)
1 saiz sederhana pisang
1 hiris betik, nenas, tembikai
1*
1*
* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.
Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu
  • Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana
  • Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral
  • Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi - ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.
Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian.
Bilangan hidangan sehari
2-3 Tahun
4-6 Tahun
1 Potong sederhana "peha ayam"
1 Ekor ikan kembong sederhana
2 Ketul daging saiz kotak mancis

5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepala
Nota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis
= 1 Biji telur sederhana

= 1 Keping tempe

= 1 Keping tauhu

= 2 sudu makan mentega kacang

= 1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan

= 4 Ekor udang bersaiz kecil
2*
2*
Satu hidangan hasil tenusu


1 Gelas susu
1 Cawan dadih
1 Keping Keju
2 - 3 *
3 *
* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.
Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula
  • Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini.
Menggalakkan anak untuk makan
Ibu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda untuk makan. Di antaranya ialah:
  • Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.
  • Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu -buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.
  • Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik.
  • Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.
  • Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh anak anda
  • Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.
  • Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang
  • Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk
  • Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.
  • Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
  • Bermaian permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain)
  • Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.
  • Sekali sekala bawalah anak anda makan diluar. Contoh :- di taman permainan atau di pantai.
  • Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwich
  • Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.
Selamat mencuba!! 

Setelah habis membaca..copy n paste saje...
This article are from HERE :-)
 Itu saje untu hari ini...

 
Salam Sayang dari mama untuk @uNi S@@Fi@ dan @uNi SoLeH@ :-)
!!!LoVe U sO MucH!!!

Sunday, June 24, 2012

MAKANAN UNTUK ANAK ANDA...

0

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
kita jumpa lagi yer hari ni... :-)

Peralatan yang diguna untuk memasak mesti yang terbaik, bersih dan selamat. 


 Makanan kegemaran My Princess...Puding Laici

Hari ni just untuk berkongsi tentang pemakanan anak-anak..sebut je makanan, pening dibuatnye memikirkan ape yang nak dimasak untuk anak-anak..kalo kita masak dia makan suka laa, tapi yang geramnye kita masak dia orang tak nak makan..aduyaiii..hmmm

Apepun kesabaran perlu ada pada setiap ibubapa dalam melayan karenah anak-anak, anak adalah segalanya dan suatu anugerah yang tidak ternilai telah diberikan Allah untuk setiap insan yang bergelar ibubapa...tanpa membuang masa kita sama-sama berkongsi tentang kebaikan makanan untuk simanja dan ketahui juga tentang makanan sejuk beku yang ade dipasaran sekarang...
 
Di barat, makanan bayi yang disejukbekukan menjadi pilihan ramai ibu bapa. Namun, hal ini masih baru di Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan bayi yang disejukbekukan ini, Pa&Ma telah mendapatkan maklumat daripada Valerie Kong Swee Hwa, Pakar Pemakanan, Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang, Selangor.

Kesibukan ibu hari ini menyebabkan ramai di kalangan kita tidak sempat menyediakan sendiri makanan untuk anak. Atas alasan ini, makanan bayi segera yang banyak dijual di pasar raya seperti bijirin bayi dan makanan sedia dalam botol menjadi pilihan. Persoalannya sekarang, adakah makanan segera ini berkhasiat?


Menurut Valerie, makanan jenis ini tidak digalakkan kerana lebih 60% makanan bayi yang ada di pasaran mempunyai kandungan gula ataupun garam yang tinggi, ataupun kedua-duanya tinggi. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa membaca label kandungan nutrien yang ada pada botol atau kotak makanan tersebut. Makanan segera bayi yang dijual boleh diterima jika kandungan sodium atau natriumnya kurang daripada 130mg per hidangan. Manakala jumlah kalori dari gula pula mestilah kurang 20%.


Jadi, untuk memastikan anak mendapat makanan yang berkhasiat walaupun ibu sibuk bekerja, beliau mencadangkan agar ibu bapa merancang makanan harian untuk si manja. Ilmu pengetahuan tentang pemakanan anak perlu ada dalam diri semua ibu bapa. Daripada proses penyediaan, cara menyimpan hinggalah cara memanaskan. Semua mesti tahu.


Untuk pengetahuan, ketahanan atau jangka hayat makanan yang ingin disejukbekukan bergantung pada jenisnya. Ibu bapa disarankan agar menyediakan dan menyejukbekukan sayur-sayuran setiap minggu. Manakala makan protein boleh tahan sehingga satu bulan. Buah-buahan yang ingin disejuk beku disarankan agar tidak dipurikan terlebih dahulu untuk mengekalkan khasiatnya. Buah-buahan yang ingin disejuk beku bolehlah dibersihkan, dipotong kecil dan dipek berasingan dalam beberapa bekas kecil. Jika ingin digunakan, keluarkan dari peti ais, letakkan pada suhu bilik sehingga ais mencair dan purikan. Beri terus makanan tersebut kepada anak.


Utamakan Kebersihan

Perkara yang perlu dititikberatkan ketika proses penyediaan makanan untuk anak-anak ialah memastikan makanan yang dimasak itu menepati suhu yang sepatutnya. Oleh itu, anda disarankan agar membeli termometer makanan untuk memeriksa suhu makanan setiap kali memasak.

Biasanya bayi yang berusia enam bulan ke atas atau bayi yang boleh mengangkat kepalanya sendiri tanpa sebarang bantuan sahaja yang boleh diberi makan makanan yang telah disejukbekukan. Apa pun, hal ini bergantung pada individu.


Valerie memberitahu bahawa untuk menyediakan makanan sejuk beku, anda perlulah memastikan tangan dibersihkan dahulu sebelum memegang sebarang makanan. Peralatan memasak serta bekas yang digunakan untuk menyimpan makanan juga perlu dibasuh bersih dan dinyahkuman.


Untuk menyejukbekukan sayur-sayuran, celur selama satu minit di dalam air mendidih. Anda boleh juga menggunakan teknik stim. Sayur yang telah dicelur itu kemudiannya dimasukkan ke dalam air berais untuk menghentikan proses memasak. Selepas itu, masukkan sayur tersebut ke dalam pengisar makanan dan kisar sehingga halus atau menjadi puri. Sejukkan puri tersebut dalam suhu bilik. Kemudian, sendukkannya ke dalam bekas air batu kiub. Balut bekas tersebut dengan plastik dan terus masukkan ke dalam bahagian sejuk beku peti ais anda. Cara ini dapat mengekalkan nutrien yang terkandung di dalamnya. Makanan sejuk beku adalah pilihan kedua terbaik selepas pengambilan makanan segar. Makanan yang disejukbekukan mampu mengekal nutrien yang terkandung di dalamnya.


Tambah beliau lagi, jika di sediakan dengan cara yang betul, makanan sejuk beku selamat disimpan selama satu hingga dua bulan. Paling maksimum ialah selama tiga bulan. Walau bagaimanapun bergantung pada suhu bahagian sejuk beku peti ais anda. Jangka hayat makanan ini berdasarkan kepada suhu bahagian sejuk beku yang kurang 0°C. Tetapi sekiranya makanan tersebut hanya diletakkan di dalam peti ais, jangka hayatnya kurang 48 jam. Sebenarnya, anda digalakkan agar menghabiskan makanan sejuk beku tersebut dalam tempoh satu bulan. Perkara yang paling penting ialah memastikan peti ais anda dalam keadaan yang baik, iaitu suhu beku kurang daripada 0°C.


Bekas air batu kiub dan beg plastik sejuk beku selamat digunakan untuk menyimpan makanan sejuk beku. Bekas air batu kiub paling sesuai kerana anda boleh mengambil kuantiti yang diperlukan sahaja dan selebihnya boleh terus disimpan.


Menjawab soalan tentang cara untuk memberi anak makan makanan yang telah disejukbekukan, Valeria menerangkan bahawa makanan sejuk beku tersebut perlulah dikeluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan oleh anak dan letakkan ke dalam peti ais bahagian biasa. Biarkan semalaman. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk kaca. Ada dua cara untuk memanaskan makanan sejuk beku bayi. Pertamanya ialah dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Masukkan mangkuk kaca berisi makanan sejuk beku itu ke dalam ketuhar dan panaskan selama 15 saat. Kacau dan panaskan lagi sehingga mencapai suhu yang dikehendaki. Cara yang kedua pula menggunakan kaedah ‘sunmersion’ atau kaedah ‘double boil’. Walau bagaimanapun beliau mengingatkan agar jangan sesekali memanaskan semula makanan sejuk beku di dapur bagi mengelakkan pencemaran terhadap makanan tersebut.


Valerie turut menegaskan agar anda hanya membeli bahan mentah yang benar-benar segar dan bersihkan dengan sempurna. Pastikan makanan berada dalam suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas dan disejukbekukan. Gunakan hanya sedikit air di dalam makanan yang ingin disejukbekukan dan gunakan api yang perlahan semasa memasak. Terlalu banyak air akan memendekkan jangka hayat makanan. Ingat, jangan sejuk bekukan kembali makanan yang sudah dicairkan. Hal ini kerana proses sejuk bekukan dan pemanasan kembali makanan akan menghilangkan nutrisi yang terkandung di dalamnya dan air liur dari mulut bayi boleh menyebabkan pencemaran.

Alhamdulillah mama dapat sediakan makanan setiap hari untuk dua orang puteri mama ni...disebabkan tempat kerja yang sangat dekat dan masa kerja yang sangat fleksibel, mama dapat luangkan masa bersama anak-anak di rumah..thanks a  lot to my loving babah yang sanggup kerja di rumah sambil tengok anak-anak..babah mmg THE BEST PAPA IN THE WORLD...x sanggup bagi orang jaga puteri kesayangan dia dan doing anything the best for their loving princess :-) Love u so much babah...we need you forever and ever...

Sumber :  http://pama.karangkraf.com/bayi/berkhasiatkah-makanan-sejuk-beku-1.37514


Auni Saafia