Assalamualaikum...
Apa khabar semua..lama tak bersua di blog Auni's Corner kan...mama mintak maaf banyak-banyak sebab mama bz sket sejak kebelakangan ini..tapi blog mama aktif sekarang :-D jangan marah yer...ehehe disebabkan aktiviti mama makin bertambah, that's why laa mama bz..harap my princess faham yer...
Alhamdulillah
hari ni dah selesai cucuk @uni soleha yang terakhir (cucuk setahun
setengah) tapi g klinik tadi kena tegur jugak sebab lewat datang...iyer
laa @uni soleha dah masuk setahun lapan bulan dah..katanya kenapa lambat
sangat datang..nak buat macam mane mama terlupa then bila igt tak
berkempatan nak pergi plak disebabkan kekangan kerja..masa tu kat opis x
de orang ganti lagi..skang ni baru lega sket bila dah ade orang
ganti...
@uni
soleha tak nagis skit pun masa kena cucuk tadi..biasa je dia siap
tengok masa nurse nak inject dia :-D memang kuat semangat adik ni jika
nak dibandingkan dengan si kakak :-)
ok arini mama uploadkan pic kita g Pantai Bukit Keluang..kalo x silap 3 weeks ago..minggu kita tak balik tu..21-22 september 2012....pas mama abis keje ingat nak g Jerteh cari barang, panas pulak petang tu..babah macam tak nak pergi jer, so mama cancel the babah g beli kopok ngan air kelapa ajak g lepak kat situ..tengok ape dua beradik ni buat kat sana :-)
Sorry mama x sempat edit..terus upload jer..x der trademark @uni's Corner yer kali ni...:-)
Ni gambar single kakak...
Dan ini gambar single adik...
Seronok dia orang dapat main kat pantai petang tu sampai tak nak balik :-) lepas pada kita lepak jap langit nampak dah gelap..kat cni skang musin ujan + petir, petang nak ke malam je biasa ujan dan ribut, sebelum ujan turun kita kemas balik umah dulu yer :-)
Dan sebelum balik nak tunjuk ape yang kakak ngan adik kenal aritu..ingat lagi tak?
Cendawan
Buah Rhu
Itu laa al-kisahnya week end kami di sini...
Jumaat petang ayah de datang umah...then dia orang ajak kami sekeluarga g ke Kota Bharu makan nasi kerabu kat sana...memang best walaupun dalam suasana ujan menjadi-jadi time kita nak mkn tu...
Sabtu pulak kita rehat kat umah jer sambil melayan movie yang babah download :-)
Emm bila lama tak bersua rasa nak bercerita macam-macam plak..dua beradik ni dah banyak kerenah sekarang ni..mmg tak menang tangan nak melayannya..apepun you all memang buat mama dan babah happy sgt...tanpa dua orang permata hati mama ni sunyi laa hidup kami berdua...
Dan ini e-mail yang mama terima tadi...nak share bersama especially for my daughters and all the readers of this Blog :-)
ISLAMIC NLP FOR PARENTING : PELUKAN HATI KE HATI (oleh Fuad Latip)
Nur Durrotun Nasihah semakin membesar. Lagi dua minggu beliau berumur 3 tahun. Bercakap jangan ditandingi. Tanya itu ini.
Nur Durrotun Nasihah semakin membesar. Lagi dua minggu beliau berumur 3 tahun. Bercakap jangan ditandingi. Tanya itu ini.
Jika
di rumah pelbagai perkara dilakukannya. Jika tidak diawasi, ada sahaja
kerjanya yang bukan-bukan. Main air, main bedak, punggah sana sini.
Saya tidak melarang jika beliau ingin bermain apa sahaja kecuali yang
membahayakan.
Namun kekadang kelakuan beliau benar-benar menguji
kesabaran ayah dan mama. Ketika ini, jika kita marah, sebenarnya ia
boleh merosakkan jiwa beliau walaupun beliau takut untuk melakukan
perkara yang tidak disenangi.
Jika ditegur dengan baik, memang susah untuk didengari. Jika tidak ditegur langsung, lagi pelbagai perkara yang jadi.
Saya megambil pengajaran daripada arwah ayah saya. Beliau suka memeluk
saya sejak saya kecil sehingga besar walaupun saya sudah berumur 20
tahun lebih. Saya rasa tenang di dalam pelukan seorang ayah. Juga di
dalam pelukan mak. Ketika itu saya berasa sungguh damai. Rasa yang
pasti tidak mampu ditulis di sini. Diketika itu apa sahaja arahan
mereka mudah diikuti.
Hari ini Nasihah sengaja
menumpahkan air di atas meja TV. Kemudian menyapu air tersebut dengan
tangan. Dibasahnya DVD-DVD berdekatan yang ada. Di basahnya sebuah
majalah yang berada di situ. Mulanya saya ingin menegur beliau. Tetapi
saya teringat cara arwah ayah mendidik anak-anaknya dengan memeluk
anak-anaknya hati ke hati dan terus sambung ke Allah SWT.
Saya mendapatkan Nasihah dan memeluk beliau. Saya bawa beliau
mengingati Allah SWT. Di kala saya memeluk beliau, saya terus sambung
dengan Allah SWT walaupun sambung ke Allah SWT itu sememangnya setiap
saat. Tetapi kali ini saya membawa hati anak saya untuk mengingati
Allah SWT.
Bagaimana? Cukup sekadar memeluk, diam dan saya
mengingati dan memohon kebaikan untuk anak saya daripada Allah SWT.
Saya tidak mampu menenang jiwa anak saya kecuali Allah SWT yang
menenangkan. Lalu saya minta saja pada Allah SWT.
Awalnya gelisah
dan ingin lepaskan diri. Tetapi kemudian beliau tenang, tidak gelisah
dan diam sahaja. Setelah itu mudah mendengar kata-kata saya.
***
Pelukan hati ke hati kemudian dibawa mengingati Allah SWT mampu
melembutkan hati sesiapa sahaja. Peluklah anak-anak kita walaupun
mereka sudah dewasa kerana dengan pelukan hati ke hati dan disambung ke
Allah SWT, pasti mampu melembutkan hati mereka. Begitu juga dengan
suami atau isteri. Peluklah mereka dan sambungkan hati kita kepada
Allah SWT.
Sehingga kita bersua lagi...
Salam Sayang dari mama untuk @uNi S@@Fi@ dan @uNi SoLeH@ :-)
!!!LoVe U sO MucH!!!