Showing posts with label MY SISTER. Show all posts
Showing posts with label MY SISTER. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Pendarahan Semasa Kehamilan...

0

Assalamualikum w.b.t.

Ape khabar semua...hope semua sihat2 dan ceria2 selalu yer...Alhamdulillah dua orang princess mama ni pun sihat dan ceria selalu...mama macam mane??? alhamdulillah sihat dan masih boleh bekerja tapi hati risau skit...dh lebih dua minggu still lg ade bleeding...hope tiada ape yang berlaku...

Memang waktu awal mama ingat period biasa..tapi dah nak lebih dua minggu ni jd masalah pulak nak solat...babah ajak jumpa doktor tapi mama rasa bimbang pula..ntah tak tau kenapa tetiba rasa takut nak jumpa doktor...

So untuk menjawab pasal bleeding tu haid atau tidak..mama terus mengoogle..dan mama jumpa artikel dari seorang ustaz mengenai darah mengikut Al-Quran dan As-Sunnah...

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/DarahWanita/lima.htm



Balik umah jer happy bila tengok dua beradik ni...memang dah rapat sangat dia orang, tak leh berpisah..tak der sorang mesti cari...happy mama tengok kamu berdua :-) hilang skit rasa risau tapi bila msk toilet tgk ade bleeding lg..mmmm hati jd tak menentu...

Masuk opis jer terus mengoogle lagi tentang masalah yang dihadapi...dan yang mama jumpa kat satu blog ni sangat menarik kupasannya...

Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.
Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:
  1. Pendarahan Implantasi

    Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

    Apa itu pendarahan implantasi?
    Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.

    Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

    Bilakan implantasi selalu terjadi?
    Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.
  2. Keguguran

    Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.
  3. Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan
  4. Kandungan Anggur

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawan yang membesar dengan cepat didalam rahim. Tiada janin didalam kehamilan ini.
  5. Ketumbuhan pada pangkal Rahim

    Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.
  6. Placental Abruption

    Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.
  7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

    Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekinya berlaku pendarahan
  8. Tanda Bersalin

    Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mukus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.
Harap2 tiada ape yang serius berlaku pada mama yer...artikel menarik ni mama dapat di SINI...


 Rasa nak gelak tgk gambar lama adik..yg ni mama lum pernah upload mane2 lagi...time ni adik dh setahun lebih tapi masih tak der gigi..adik paling lambat tumbuh gg...dah nak masuk setahun setengah kalo tak silap baru ade gg :-)

 Mama search dan search lagi...mama jumpa artikel ni...pandangan yang disemak oleh doktor, mungkin boleh digunapakai...sebagi reference...

Apakah maknanya pendarahan yang berlaku pada awal kehamilan?

Semakan terakhir: Januari 2012

Dijawab oleh Kate Piggot

Pendarahan semasa kehamilan awal sememangnya membimbangkan, tetapi ia sebenarnya adalah perkara biasa. Kira-kira 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada awal kehamilan. Ada beberapa perkara yang menyebabkan ini.

Anda mungkin mengalami pendarahan "bulus". Hormon kehamilan menahan kitaran hormon kita yang biasa, tetapi variasi dalam kitaran itu masih berlangsung. Beberapa wanita memerhatikan pendarahan bulus di sekitar masa mereka akan didatangi haid jika tidak hamil. Ini disebabkan variasi "latar belakang" dalam tahap hormon.

Juga, di peringkat terawal dalam kehamilan, pendarahan ringan mungkin berlaku sehari dua semasa telur yang disenyawakan itu mula tertanam, dan plasenta mula berkembang. Pendarahan akibat implantasi dipercayai berlaku sama masa haid dijangkakan, membuatnya sukar untuk mengetahui sama ada pendarahan itu adalah akibat implantasi atau pendarahan bulus.

Kadangkala wanita akan mengalami hakisan serviks (atau kini dikenali sebagai "etropion" serviks di mana sel-sel yang lazimnya berada dalam saluran serviks kini terdedah kepada keadaan luar dan ia kelihatan seperti kawasan "radang"), dan ini boleh menyebabkan pendarahan di awal kehamilan.

Pendarahan boleh juga disebabkan
  • jangkitan vagina;
  • jangkitan serviks;
  • polip (pertumbuhan tidak berbahaya).
Ketiga-tiga keadaan ini boleh menyebabkan sedikit pendarahan selepas persetubuhan.

Kadangkala tidak boleh ditentukan apakah yang telah menyebabkan pendarahan ringan. Namun begitu, sebarang pendarahan semasa kehamilan, bagaimana sedikitpun, adalah tidak normal dan anda haruslah berbincang dengan doktor anda mengenainya.

Lazimnya pendarahan ringan (spotting) tidak dianggap sebagai satu masalah besar. Tetapi pendarahan ringan (spotting) atau sebarang pendarahan yang baru saja bermula, lebih-lebih lagi jika ia diiringi dengan sakit perut atau kekejangan, memerlukan perhatian serta-merta, sebab ini mungkin merupakan petanda:
Di peringkat kehamilan lewat, pendarahan ringan mungkin merupakan masalah berhubung plasenta. Jika kita telah mengalami pendarahan pada awal kehamilan, tidak hairanlah jika kita berasa bimbang. Hubungilah doktor anda. Dia boleh memeriksa keadaan anda ketika itu dan sepanjang kehamilan anda.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel kami berhubung pendarahan ringan (spotting) dan pendarahan semasa hamil.


Disemak oleh Dr Patrick Chia, seorang konsultan obstetrik dan ginekologi bertempat di Kuala Lumpur dengan pengkhususan dalam penyaringan dan pengurusan keabnormalan fetus dan penjagaan kehamilan berisiko tinggi.

Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/antenatal-health/pendarahan-awal-kehamilan/#ixzz2DmLdJ9g7

 Macam ni laa princess mama...siap solat je pasti terus terjah...sabar je la melayan anak2..apepun hati selalu happy :-) dia orang waktu ni selalu berebut nak salam..sebab lepas solat babah ajar salam cium dan peluk...walau dia baru nak belajar, tapi salam cium peluk selalu dah jd rutin bila mama dan babah siap solat :-)

 Nampak matured kan...ni kakak waktu g open house ummah sedara kat K.Terengganu...skang tak nak pakai dah baju lengan pendek kalo kuar...mesti tukar semua baju seluar dan make sure baju lengan panjang, seluar jeans dan tudung bila nak kuar...biar nak kuar kejap ke mana pun...sampai skang ni si kecik tu dah pandai nak ikut jejak si kakaknya :-)

Ni pulak masa majlis perkahwinan sepupu kat Batu Buruk....kakak bad mood masa ni sebab kena paksa bangun awal nak g kenduri...bagi itu tak kena bagi ini tak kena...sampai tak tau nak buat ape dah...adik maintain jer...senang nak bawa g mana2...

Harap mama dapat menenangkan fikiran..banyak berehat dan jangan pikir bukan2 okey...mama dah jumpa doktor hari khamis lepas dan sudah disahkan mama positif...so kakak dan adik will have a baby again...adik akan jd kak ngah yer...appointmment mama dua minggu lagi..harap mendapat khabar gembira yer :-)

Hope nothing's happen to me...but if anything happen...mama terima dengan redha...mama ade babah, kakak dan adik yang sentiasa menjadi penyeri hidup ini...Alhamdulillah :-)


Salam Sayang dari mama untuk @uNi S@@Fi@ dan @uNi SoLeH@ :-)
!!!LoVe U sO MucH!!!

Sunday, October 23, 2011

PIC ADIK LAGI

0

 Waktu ni mama masih dalam pantang lagi...x banyak dapat tangkap gambar adik sbb mama selalu berebut camera dengan kakak...kakak selalu nyibuk bila mama atau abah nak amik gambar adik...biasa laa kakak lagi pro dari mama dan abah kan :-D....eee ngada laa tu...mmmm





Adik posing lagi...




Masa ni kat umah tuk lagi..adik x leh kuar umah lagi masa ni sbb x cukup waktu lagi...posing-posing dalam umah je laa :-)

GAMBAR-GAMBAR ADIK SEMASA DI WAD

0

 Arini saje mama rajin nak upload gambar adik..nanti kang mama upload gambar kakak plak ekk..kakak jangan jeles tau..mama edit gambar adik dulu sblm upload ni..mama jumpa satu software baru yang senang sangat nak edit gambar..pas ni mama buatkan untuk kakak plak k...Jom kita layannzz







ehehe itu je yang mama sempat edit pagi ni..sonok jugak guna software baru ni...nanti mama bukak album kakak plak ekk...ok tata titi tutu kakak :-)

Wednesday, October 19, 2011

WAD 6 HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

0

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua :-) ape khabar semua di pagi yang sejuk dan nyaman ni..kami harap kawan-kawan semua sihat ye..kami berdua ni alhamdulillah sihat dan ceria sokmo :-)

Seperti yang dijanjikan..arini mama akan upload gambar adik semasa adik ditahan di wad 6, HSNZ...genap seminggu juga adik ditahan di sana..kesian kat adik...baru lahir je dah terpaksa berpisah dengan mama..sepanjang adik di wad...adik terpaksa menyusu botol sebab mama x larat nak g setiap masa..maklumlah mama baru jer nak start berpantang...tapi mama kuatkan juga pergi ke hospital untuk menyusukan adik.

Ni gambar-gambar adik yang sempat mama snap semasa di wad...balik umah mama tunjuk laa pada kakak..sbb kakak selalu tanya pasal adik...semasa mama g hospital..kakak terpaksa laa duk ngan mok su..mok su bawa kakak g opis dia, g jalan2..ke mana mok su g dia bawa kakak...kesian mok su kena jaga kakak masa tu :-) Thanks mok su sebab jaga kakak masa mama x der ari tu yer..

 Ok jom kita tengok gambar adik masa di wad...

 Tengok muka adik nampak letih jer..


 Adik dalam pangkuan mama

X nampak kuning sangat tapi waktu ni doc kata tinggi lagi

Cian tengok adik..

 Adik x banyak ragam..diam je..penat kot..selalu nak tdo

 Tengok biru tangan adik...hari2 kena cucuk ambik darah

 Adik tenang dalam pangkuan mama

Itu laa gambar yang sempat mama snap masa g menyusu...rasa nak bawa adik balik umah je masa tu tapi memandangkan kat umah pun x der orang sbb tuk pun duk hospital  jaga tokki yang masa tu di wad 7, jadi mama terpaksa redha tinggalkan adik di hospital sehingga betul-betul sembuh.

 Alhamdulillah genap seminggu adik di wad, pada 9 Februari 2011 adik dibenarkan keluar tapi masuh kena buat check-up di klinik kesihatan ibu dan anak berhampiran...

Seronok laa kakak bila adik dah dapat balik...yang bestnya tokki pun dapat kuar wad sehari sebelum tu..jadi riuh rendah laa kat umah tuk masa tu..nanti mama upload lagi gambar2 kakak bersama adik...mmmmuuaahhh caayyangg adik :-)