Sunday, June 24, 2012

MAKANAN UNTUK ANAK ANDA...

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
kita jumpa lagi yer hari ni... :-)

Peralatan yang diguna untuk memasak mesti yang terbaik, bersih dan selamat. 


 Makanan kegemaran My Princess...Puding Laici

Hari ni just untuk berkongsi tentang pemakanan anak-anak..sebut je makanan, pening dibuatnye memikirkan ape yang nak dimasak untuk anak-anak..kalo kita masak dia makan suka laa, tapi yang geramnye kita masak dia orang tak nak makan..aduyaiii..hmmm

Apepun kesabaran perlu ada pada setiap ibubapa dalam melayan karenah anak-anak, anak adalah segalanya dan suatu anugerah yang tidak ternilai telah diberikan Allah untuk setiap insan yang bergelar ibubapa...tanpa membuang masa kita sama-sama berkongsi tentang kebaikan makanan untuk simanja dan ketahui juga tentang makanan sejuk beku yang ade dipasaran sekarang...
 
Di barat, makanan bayi yang disejukbekukan menjadi pilihan ramai ibu bapa. Namun, hal ini masih baru di Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan bayi yang disejukbekukan ini, Pa&Ma telah mendapatkan maklumat daripada Valerie Kong Swee Hwa, Pakar Pemakanan, Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang, Selangor.

Kesibukan ibu hari ini menyebabkan ramai di kalangan kita tidak sempat menyediakan sendiri makanan untuk anak. Atas alasan ini, makanan bayi segera yang banyak dijual di pasar raya seperti bijirin bayi dan makanan sedia dalam botol menjadi pilihan. Persoalannya sekarang, adakah makanan segera ini berkhasiat?


Menurut Valerie, makanan jenis ini tidak digalakkan kerana lebih 60% makanan bayi yang ada di pasaran mempunyai kandungan gula ataupun garam yang tinggi, ataupun kedua-duanya tinggi. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa membaca label kandungan nutrien yang ada pada botol atau kotak makanan tersebut. Makanan segera bayi yang dijual boleh diterima jika kandungan sodium atau natriumnya kurang daripada 130mg per hidangan. Manakala jumlah kalori dari gula pula mestilah kurang 20%.


Jadi, untuk memastikan anak mendapat makanan yang berkhasiat walaupun ibu sibuk bekerja, beliau mencadangkan agar ibu bapa merancang makanan harian untuk si manja. Ilmu pengetahuan tentang pemakanan anak perlu ada dalam diri semua ibu bapa. Daripada proses penyediaan, cara menyimpan hinggalah cara memanaskan. Semua mesti tahu.


Untuk pengetahuan, ketahanan atau jangka hayat makanan yang ingin disejukbekukan bergantung pada jenisnya. Ibu bapa disarankan agar menyediakan dan menyejukbekukan sayur-sayuran setiap minggu. Manakala makan protein boleh tahan sehingga satu bulan. Buah-buahan yang ingin disejuk beku disarankan agar tidak dipurikan terlebih dahulu untuk mengekalkan khasiatnya. Buah-buahan yang ingin disejuk beku bolehlah dibersihkan, dipotong kecil dan dipek berasingan dalam beberapa bekas kecil. Jika ingin digunakan, keluarkan dari peti ais, letakkan pada suhu bilik sehingga ais mencair dan purikan. Beri terus makanan tersebut kepada anak.


Utamakan Kebersihan

Perkara yang perlu dititikberatkan ketika proses penyediaan makanan untuk anak-anak ialah memastikan makanan yang dimasak itu menepati suhu yang sepatutnya. Oleh itu, anda disarankan agar membeli termometer makanan untuk memeriksa suhu makanan setiap kali memasak.

Biasanya bayi yang berusia enam bulan ke atas atau bayi yang boleh mengangkat kepalanya sendiri tanpa sebarang bantuan sahaja yang boleh diberi makan makanan yang telah disejukbekukan. Apa pun, hal ini bergantung pada individu.


Valerie memberitahu bahawa untuk menyediakan makanan sejuk beku, anda perlulah memastikan tangan dibersihkan dahulu sebelum memegang sebarang makanan. Peralatan memasak serta bekas yang digunakan untuk menyimpan makanan juga perlu dibasuh bersih dan dinyahkuman.


Untuk menyejukbekukan sayur-sayuran, celur selama satu minit di dalam air mendidih. Anda boleh juga menggunakan teknik stim. Sayur yang telah dicelur itu kemudiannya dimasukkan ke dalam air berais untuk menghentikan proses memasak. Selepas itu, masukkan sayur tersebut ke dalam pengisar makanan dan kisar sehingga halus atau menjadi puri. Sejukkan puri tersebut dalam suhu bilik. Kemudian, sendukkannya ke dalam bekas air batu kiub. Balut bekas tersebut dengan plastik dan terus masukkan ke dalam bahagian sejuk beku peti ais anda. Cara ini dapat mengekalkan nutrien yang terkandung di dalamnya. Makanan sejuk beku adalah pilihan kedua terbaik selepas pengambilan makanan segar. Makanan yang disejukbekukan mampu mengekal nutrien yang terkandung di dalamnya.


Tambah beliau lagi, jika di sediakan dengan cara yang betul, makanan sejuk beku selamat disimpan selama satu hingga dua bulan. Paling maksimum ialah selama tiga bulan. Walau bagaimanapun bergantung pada suhu bahagian sejuk beku peti ais anda. Jangka hayat makanan ini berdasarkan kepada suhu bahagian sejuk beku yang kurang 0°C. Tetapi sekiranya makanan tersebut hanya diletakkan di dalam peti ais, jangka hayatnya kurang 48 jam. Sebenarnya, anda digalakkan agar menghabiskan makanan sejuk beku tersebut dalam tempoh satu bulan. Perkara yang paling penting ialah memastikan peti ais anda dalam keadaan yang baik, iaitu suhu beku kurang daripada 0°C.


Bekas air batu kiub dan beg plastik sejuk beku selamat digunakan untuk menyimpan makanan sejuk beku. Bekas air batu kiub paling sesuai kerana anda boleh mengambil kuantiti yang diperlukan sahaja dan selebihnya boleh terus disimpan.


Menjawab soalan tentang cara untuk memberi anak makan makanan yang telah disejukbekukan, Valeria menerangkan bahawa makanan sejuk beku tersebut perlulah dikeluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan oleh anak dan letakkan ke dalam peti ais bahagian biasa. Biarkan semalaman. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk kaca. Ada dua cara untuk memanaskan makanan sejuk beku bayi. Pertamanya ialah dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Masukkan mangkuk kaca berisi makanan sejuk beku itu ke dalam ketuhar dan panaskan selama 15 saat. Kacau dan panaskan lagi sehingga mencapai suhu yang dikehendaki. Cara yang kedua pula menggunakan kaedah ‘sunmersion’ atau kaedah ‘double boil’. Walau bagaimanapun beliau mengingatkan agar jangan sesekali memanaskan semula makanan sejuk beku di dapur bagi mengelakkan pencemaran terhadap makanan tersebut.


Valerie turut menegaskan agar anda hanya membeli bahan mentah yang benar-benar segar dan bersihkan dengan sempurna. Pastikan makanan berada dalam suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas dan disejukbekukan. Gunakan hanya sedikit air di dalam makanan yang ingin disejukbekukan dan gunakan api yang perlahan semasa memasak. Terlalu banyak air akan memendekkan jangka hayat makanan. Ingat, jangan sejuk bekukan kembali makanan yang sudah dicairkan. Hal ini kerana proses sejuk bekukan dan pemanasan kembali makanan akan menghilangkan nutrisi yang terkandung di dalamnya dan air liur dari mulut bayi boleh menyebabkan pencemaran.

Alhamdulillah mama dapat sediakan makanan setiap hari untuk dua orang puteri mama ni...disebabkan tempat kerja yang sangat dekat dan masa kerja yang sangat fleksibel, mama dapat luangkan masa bersama anak-anak di rumah..thanks a  lot to my loving babah yang sanggup kerja di rumah sambil tengok anak-anak..babah mmg THE BEST PAPA IN THE WORLD...x sanggup bagi orang jaga puteri kesayangan dia dan doing anything the best for their loving princess :-) Love u so much babah...we need you forever and ever...

Sumber :  http://pama.karangkraf.com/bayi/berkhasiatkah-makanan-sejuk-beku-1.37514


Auni Saafia

0 comments: